SKM Pentadbiran Pengurusan Pejabat
Pengenalan
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Azmida Technical College untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat Tahap 3 & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Program Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 kepada pelajar yang bercita-cita bekerja dalam bidang pengurusan atau pentadbiran sesebuah syarikat atau organisasi.
Pakej Pembelajaran
Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program N821-001-3:2020 Pentadbiran Pejabat Tahap 3 & Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
Program N821-001-3:2020 Pentadbiran Pejabat Tahap 3
- C 01: Front Office Reception.
- C 02: Office Finance Handling.
- C 03: Office Procurement Handling.
- C 04: Office Inventory Handling.
- C 05: Office Logistic Handling.
- C 06: Office Document Preparation.
- C 07: Staff Administration Supervision.
Program Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4
- C 01: Information System Security Administration.
- C 02: Information System Maintenance Coordination.
- C 03: Information System User Training.
- C 04: Information System Inventory Control.
- C 05: Information System Marketing.
- C 06: Project Coordination.
Pelaksanaan Kursus
Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (20%) dan praktikal pula sebanyak (80%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:
- 05 (Lima) hari dalam seminggu.
- Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
- Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari & aktiviti kokurikulum yang bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program N821-001-3:2020 Pentadbiran Pejabat Tahap 3 & Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 adalah seperti berikut:
- Setiausaha
- Pembantu Peribadi
- Pembantu Tadbir
- Pegawai/Pembantu Latihan
- Pegawai Operasi
- Kerani Am
- Penyelia Pentadbiran
- Eksekutif Pentadbiran
Harapan
Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat: Ijazah MQA dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat jika lulus SPM dengan 2 kredit. Diploma TVET-i (Diploma Pensyarah Kemahiran) atau bekerja dalam bidang seperti yang dinyatakan di bahagian kerjaya