Sepenuh Masa Pendawai PW2

Tempoh Masa Pelaksanaan
Pengenalan
Program Pendawaian Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2) adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat kontraktor binaan, jurutera dalam bidang teknikal, mekanikal dan elektrikal atau kilang pembuatan.
Objektif
Tujuan
Peserta
Pelaksanaan Kursus
Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangka masa program adalah selama 3 bulan (360 Jam) dan 6 bulan latihan internship/industry di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan calon.
Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (30%) dan praktikal pula sebanyak (70%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:
- 05 (Lima) hari dalam Seminggu
- Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30
- Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas tamat kursus ini adalah seperti berikut:
- Berpeluang menjadi Tenaga Pakar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN)
- Juruteknik Elektrik di Sektor Awam & Swasta.
- Pendawai Elektrik di Syarikat kontraktor Elektrik.
- Firma Pembinaan.
- Pemaju Perumahan.
- Pengajar Institut Pengajian Tinggi/Pusat Bertauliah Kemahiran.
Sepenuh Masa Pendawai PW4
