Pentadbiran Pejabat

Kursus Yang Ditawarkan Di ATC

Pentadbiran Sistem Maklumat dan Pentadbiran Pejabat

SKM PENTADBIRAN PEJABAT

PROGRAM N821-001-3:2020
Klik Untuk Maklumat Lanjut

DIPLOMA PENTADBIRAN SISTEM MAKLUMAT

PROGRAM FB-081-4:2012
Klik Untuk Maklumat Lanjut

Tempoh Masa Pelaksanaan

Tarikh Kursus:
Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan.
Tempoh Kursus:
21 Bulan / 18 Bulan Pengajian
Tempat Berkursus:
Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.

Pengenalan

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Azmida Technical College untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat Tahap 3 & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Program Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 kepada pelajar yang bercita-cita bekerja dalam bidang pengurusan atau pentadbiran sesebuah syarikat atau organisasi.

Objektif

Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat untuk menceburi bidang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pentadbiran Pejabat Tahap 3 & Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Program Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4

Tujuan

Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam Program N821-001-3:2020 Pentadbiran Pejabat & Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat serta dianugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM/DKM).

Peserta

Terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan PT3 ke atas, individu normal dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) iaitu yang mempunyai masalah pembelajaran tetapi berminat untuk menceburi program kemahiran tersebut. Pelajar perlulah boleh membaca, menulis dan mengira serta sihat tubuh badan.

Pakej Pembelajaran

Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program N821-001-3:2020 Pentadbiran Pejabat Tahap 3 &  Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4  merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

Program N821-001-3:2020 Pentadbiran Pejabat Tahap 3

  • C 01: Front Office Reception.
  • C 02: Office Finance Handling.
  • C 03: Office Procurement Handling.
  • C 04: Office Inventory Handling.
  • C 05: Office Logistic Handling.
  • C 06: Office Document Preparation.
  • C 07: Staff Administration Supervision.

Program Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4

  • C 01: Information System Security Administration.
  • C 02: Information System Maintenance Coordination.
  • C 03: Information System User Training.
  • C 04: Information System Inventory Control.
  • C 05: Information System Marketing.
  • C 06: Project Coordination. 

Pelaksanaan Kursus

Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (20%) dan praktikal pula sebanyak (80%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

  • 05 (Lima) hari dalam seminggu.
  • Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  • Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari & aktiviti kokurikulum yang bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program N821-001-3:2020 Pentadbiran Pejabat Tahap 3 &  Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 adalah seperti berikut:

  • Setiausaha
  • Pembantu Peribadi
  • Pembantu Tadbir
  • Pegawai/Pembantu Latihan
  • Pegawai Operasi
  • Kerani Am
  • Penyelia Pentadbiran
  • Eksekutif Pentadbiran

Harapan

Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat: Ijazah MQA dalam Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat jika lulus SPM dengan 2 kredit. Diploma TVET-i (Diploma Pensyarah Kemahiran) atau bekerja dalam bidang seperti yang dinyatakan di bahagian kerjaya

Shopping Cart (0 items)