Profil

Pusat Bertauliah
Latar Belakang ATC

Azmida Technical College (L02238) adalah merupakan sebuah Pusat Bertauliah yang diberi pentauliahan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia Malaysia pada 28 Jun 2011.

Pada tahun 2017 Pusat Bertauliah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Kolej Latihan Kemahiran yang menyediakan latihan berkonsepkan Latihan Teknikal & Pendidikan Vokasional (TVET) dan ditukar nama sebagai Azmida Technical College (L02238).

PRAKTIKAL
TEORI

Berdasarkan kepada prestasi Azmida Technical College, pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi penarafan Lima (5) Bintang. Selain itu juga, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memberi pengikhtirafan prestasi cemerlang 97.7% kepada Azmida Technical College. Azmida Technical College juga mempunyai usahasama dan berkolaborasi dengan syarikat-syarikat seluruh Malaysia seperti SIMEDARBY, UPEN, TNB, JKR, SPNB KLCC, Suruhanjaya Tenaga (ST) dll.

Pusat bertauliah ini juga merupakan satu pusat latihan yang menjalankan kerja-kerja CSR (Corporate Social Responsibility) dalam membantu anak-anak yatim, pelajar-pelajar asnaf, lepasan pelajar tahfiz dan anak-anak OKU.

Selain itu, Azmida Technical College menawarkan perkhidmatan perunding untuk pembangunan Pusat Bertauliah JPK, Pembangunan Bahan Pembelajaran (WIM), Bengkel PP-PPT, Khidmat perunding Motivasi, Coaching and Mentoring, Kaunseling, Audit, Keselamatan dan Pengurusan.

MISI ATC

Menyediakan pendidikan Dan kemahiran Yang berterusan Bagi Melahirkan Pakar Industri Berketerampilan Dalam Menyumbang Kepakaran Dalam Menyumbang Kualiti Kepakaran Untuk Pembangunan Industri Negara.

VISI ATC

Menjadi Perintis Dalam Melahirkan Pakar Industri Yang Berkualiti Dan Berketrampilan

Vendor Kami Yang Dipercayai