Program Modular Pentadbiran Pejabat

Tempoh Masa Pelaksanaan
Pengenalan
Program Pentadbiran Pejabat bertujuan untuk melatih individu dalam pengurusan pejabat moden, memberi mereka kemahiran praktikal dalam pengendalian tugas pentadbiran yang berfokus pada pengurusan maklumat, dokumentasi, perolehan, aset, dan pelaporan kewangan. Kursus ini juga memperkenalkan peserta kepada penggunaan teknologi canggih, seperti Kecerdasan Buatan (AI), dalam meningkatkan efisiensi pentadbiran pejabat. Program ini dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu Microcredential & Non-Microcredential.
Program Pentadbiran Pejabat
- Pengurusan informasi dua hala ditempat kerja
- Dokumentasi aktiviti perolehan
- Perekodan dan pengendalian aset
- Pelaporan belanjawan di tempat kerja
- Peraturan dan piawaian di tempat kerja
- Kursus pembelajaran asas kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, Ai)
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas tamat kursus ini adalah seperti berikut:
- Pentadbir Pejabat, penyelaras perolehan & penyeliaan aset
- Pengurusan Kewangan dan belanjawan
- Perkerjaan berasaskan teknologi seperti Pakar AI dan industri berkaitan
Peserta Kursus
Mereka yang ingin memasuki bidang pentadbiran pejabat dan memerlukan pengetahuan asas dalam pengurusan pejabat.
Profesional yang ingin meningkatkan kemahiran pengurusan pejabat mereka dengan alat dan teknologi terkini.
Mereka yang mencari kemahiran praktikal untuk menguruskan operasi pejabat dengan efisien.
Pemimpin yang ingin memahami aspek penting dalam pengurusan kewangan, aset, dan komunikasi pejabat.