Program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik

Tempoh Masa Pelaksanaan
Pengenalan
Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran teknikal dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik berdasarkan keperluan domestik, komersial, dan industri. Modul yang disediakan mencakupi lukisan pelan pendawaian, pemasangan sistem konvensional, pemeriksaan keselamatan, serta pengenalan kepada teknologi automasi bangunan. Ia juga menekankan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan kecekapan tenaga. Program ini dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu Microcredential & Non-Microcredential.
Sijil Pentauliahan
- Lukisan pendawaian domestik
- Pendawaian domestik kediaman
- Pendawaian komersial pemula motor fasa tunggal
- Lukisan pendawaian industri
- Pendawaian industri
- Pendawaian konvensional pemula motor fasa tiga
- Pemeriksaan pendawaian industri
- Smart bas (building automation system)
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas tamat kursus ini adalah seperti berikut:
- Pendawai Elektrik Domestik
- Juruteknik Elektrik di Sektor Awam & Swasta.
- Pelukis Pelan Elektrik (Drafter)
- Kontraktor Elektrik Domestik
- Penyelia Tapak Projek Elektrik.
- Pakar Kawalan Motor dimana mereka bekerja dengan pemula motor fasa tunggal dan tiga fasa untuk operasi mesin.
- Juruanalisis BAS: Mengurus sistem automasi bangunan pintar, termasuk kawalan pencahayaan dan sistem keselamatan.
Peserta Kursus
Individu yang berminat untuk menjadi pendawai elektrik atau bekerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan elektrik di sektor domestik.
Pelajar atau graduan dalam bidang teknikal yang ingin mendapatkan pengetahuan khusus dalam pendawaian elektrik domestik.
Mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada, khususnya dalam teknologi terkini seperti BAS.