CASI-A

centre for advanced skills and innovation azmida casi-a

“Empowering Skills, Elevating Minds, We rise by lifting others.”

CASI-A merupakan sebuah pusat pembangunan dan latihan profesional di bawah cabang pengurusan latihan Azmida Technical College, telah ditubuhkan khusus bagi memperkasa individu dan organisasi melalui program latihan jangka pendek yang berimpak tinggi. Dengan pendekatan holistik dan berasaskan teknologi terkini, CASI-A ditubuhkan dengan visi untuk memperkasa modal insan dan memperluas horizon kemahiran teknikal serta kepimpinan secara berterusan dan profesional dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi profesional melalui pelbagai program latihan pendek yang berimpak tinggi dan berterusan (Continuous Learning).

Pengenalan

 

CASI-A ditubuhkan secara rasmi pada April 2025 yang berteraskan kepada pembangunan kemahiran dan latihan beterusan yang bernaung dibawah pemilikan Adawiyah Global Venture Sdn.Bhd yang merupakan sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang berdaftar dengan MOF, CIDB, Suruhanjaya Tenaga (ST), TNB, UPENS, SPNB dan JKR. Perniagaan utama yang dijalankan adalah kontraktor berkenaan kerja-kerja elektrikal, mekanikal dan juga penghawa dingin yang telah ditubuhkan pada September 2012. 

Selaras dengan visi Adawiyah Global Venture Sdn.Bhd (AGV) untuk menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya maju dalam menyelesaikan perkhidmatan yang berkualiti cemerlang serta mengekalkan keseluruhan komitmen kearah kecemerlangan dalam menjalankan perniagaan. CASI-A diwujudkan untuk memastikan ketersediaan sumber pekerja mahir dan separa mahir berada pada tahap yang optimum dan berkompetensi tinggi. Melalui penyediaan peluang, ruang menjalani latihan berterusan dengan kurikulum yang in -trend, kursus pemantapan bertauliah, dan kursus kompetensi.  

Konsep Latihan ini wujud dari usaha tanpa henti, bermula daripada latihan kemahiran secara langsung atau tidak langsung di Azmida Technical College (ATC) atau daripada agensi  berkaitan atau menerusi pengalaman kerja terdahulu. CASI-A berperanan penting di dalam menyediakan nilai tambah kemahiran secara berterusan dan di peringkat lebih professional, sekaligus mampu merealisasikan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh AGV dan ATC seterusnya menyumbang kepada pembangunan kerja mahir negara , pembangunan komuniti sejahtera dan agama. 

Pusat bertauliah Azmida Technical College ini telah diberi pentauliahan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia Malaysia pada 28 Jun 2011. Pusat bertauliah ini juga merupakan satu pusat latihan yang menjalankan kerja-kerja CSR (Corporate Social Responsibility) dalam membantu anak-anak yatim, pelajar-pelajar asnaf, lepasan pelajar tahfiz dan anak-anak OKU. 

Azmida Technical College (L02238) adalah Kolej Latihan Kemahiran yang menyediakan latihan berkonsepkan Latihan Teknikal & Pendidikan Vokasional (TVET) dan telah berjaya mendapatkan penarafan 5 bintang daripada pihak JPK melalui penarafan tunggal program TVET tahun 2023. Azmida Technical College pernah menjalankan kursus dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk anak-anak OKU (Buying seat) dan mendapat penilaian 97.7%.  

Program-program yang dijalankan oleh Azmida Technical College ialah Program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu dan Tiga Fasa (F432 005-2/3:2019), Program Pentadbiran Pejabat (N821-001-3:2020), Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat (FB-081-4:2012), Program Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang (ME-011-3:2014) dan Program Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian (PW2) persijilan oleh Suruhanjaya Tenaga. 

Selain itu, pihak kolej juga melaksanakan program microcredential JPK bagi program Elektrikal. Dalam masa yang sama, Syarikat Adawiyah Global Ventures Sdn Bhd banyak menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan elektrik serta pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin.

Berada di bawah teraju yang sama iaitu, Syarikat Adawiyah Global Ventures Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan perunding untuk pembangunan Pusat Bertauliah JPK, Pembangunan Bahan Pembelajaran (WIM), Bengkel PP-PPT, Khidmat perunding Motivasi, Coaching & Mentoring, Audit, Keselamatan dan Pengurusan. Syarikat Adawiyah Global Ventures Sdn Bhd terus mengorak langkah dalam memberi pekerjaan kepada pelajar-pelajar dengan mendaftarkan syarikat dengan Suruhanjaya Tenaga, CIDB, TNB, UPEN, JKR dan berdaftar dengan kementerian Kewangan bertaraf bumiputera. Kewujudan CASI-A, merupakan salah satu inisiatif pembangunan dan penglestarian Latihan Berterusan di peringkat profesional, kompeten dan berimpak tinggi.

Visi CASI-A

Memperkasa modal insan dan memperluas horizon kemahiran teknikal serta kepimpinan secara berterusan dan professional dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi profesional melalui pelbagai program latihan pendek yang berimpak tinggi dan berterusan (Continuous Learning), berkualiti tinggi yang selari dengan keperluan industri masa hadapan.

Misi CASI-A

  • Menyediakan program latihan yang relevan, inovatif dan berorientasikan hasil.
  • Menggabungkan teknologi dan nilai spiritual,kerohaniah dan kondusif dalam setiap modul pembelajaran.
  • Menyumbang kepada pembangunan kapasiti organisasi korporat dan bukan korporat melalui latihan berimpak tinggi, adaptasi IR 4.0, aplikasi ESG dalam pengurusan sumber dan modul latihan berimpak tinggi
  • Tenaga Pengajar yang kompeten dan pakar dalam sektor masing-masing. 
  • Menerapkan nilai kolaboratif, kepimpinan dan etika kerja dalam setiap peserta latihan.

Fokus Utama

TVET (Technical and Vocational Education and Training) 
  • Menyediakan latihan teknikal berkualiti yang relevan dengan keperluan industri semasa.
  • (Sepenuh masa/Separuh Masa/Claimable/Self-Paid/Tajaan) 
Kemahiran Insaniah (Soft Skills) 
  • Latihan komunikasi, kepimpinan, pengurusan konflik, etika kerja dan pembangunan diri untuk memperkasa individu dan organisasi. 
Team Building 
  • Modul interaktif yang membina kerjasama, meningkatkan motivasi dan menyemai semangat kekitaan dalam pasukan dengan elemen fresh dan berkualiti tinggi. 
IR 4.0: Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) 
  • Pengenalan dan aplikasi praktikal AI dalam organisasi moden – sesuai untuk peserta dari latar belakang teknikal dan bukan teknikal untuk produktiviti yang lebih efektif dan pengurusan sumber tenaga kerja yang optimum.
Shopping Cart (0 items)