Borang Wireman (PW2)

  • Utama
  • Borang Wireman (PW2)
Isi borang dan kami akan menghubungi anda

Daftar Pendawai PW2 Separuh Masa

Kami menanti ketibaan anda di Azmida Technical College! Daftar Segera!

    Kursus Jangka Pendek

    Pendawai PW2 Separuh Masa

    PW2 Separuh Masa

    PROGRAM PENDAWAIAN FASA TUNGGAL DENGANENDORSAN PENGUJIAN (PW2) – SEPARUH MASA

    Klik Untuk Mendaftar

    Tempoh Masa Pelaksanaan


    Tarikh Kursus:
    Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan.

    Tempoh Kursus:
    Separuh masa – 6 bulan Pengajian

    Tempat Berkursus:
    Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.

    Pengenalan

    Program Pendawaian Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2) separuh masa adalah kursus teknikal yang menyediakan latihan khusus dalam bidang elektrik, terutamanya dalam pemasangan dan penyelenggaraan pendawaian elektrik. Kursus ini direka khas untuk memberikan kemahiran asas serta pengetahuan lanjutan dalam pendawaian elektrik bagi fasa tunggal, serta melibatkan ujian dan pengujian ke atas sistem elektrik. Program ini sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran atau mencari peluang pekerjaan dalam sektor elektrik, termasuk dalam bidang kawalan keselamatan elektrik

    Peluang Kerjaya

    Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas tamat kursus ini adalah seperti berikut:

      • Pendawai Elektrik Berlesen
      • Juruteknik Elektrik di Sektor Awam & Swasta.
      • Pendawai Elektrik di Syarikat kontraktor Elektrik.
      • Firma Pembinaan.
      • Pemaju Perumahan.
      • Penguji Sistem Elektrik.
      • Penyelia atau Pengurus Projek Elektrik.
      • Pengajar Institut Pengajian Tinggi/Pusat Bertauliah

    Peserta Kursus

      • Terdiri daripada lepasan SKM bidang Elektrikal tahap 2 dan ke atas.
      • Berumur 21 tahun keatas dan tamat SPM.
      • Pekerja industri elektrik yang memerlukan pensijilan khusus.
      • Graduan dalam bidang berkaitan teknikal atau elektrik yang ingin mendalami ilmu pendawaian.
    Shopping Cart (0 items)