Operasi dan Penyelenggaraan Boiler
Tempoh Masa Pelaksanaan
Pengenalan
ME-011-3 Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat bidang teknikal dan mekanikal atau kilang pembuatan. Boiler umpama jantung dan nadi kepada hampir keseluruhan industri ringan dan berat dan memerlukan orang yang kompeten sahaja untuk mengendalikan.
Pakej Pembelajaran
Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program ME-011-3:2014 Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang (Boiler) Tahap 3 merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
Core (Teras)
- C 01: Boiler Operation
- C 02: Boiler Plant Mechanical Component Maintenance
- C 03: Boiler Water/Steam Side Component Maintenant
- C 04: Boiler Flue Gas System Component Maintenance
- C 05: Boiler Fireside (Furnace) Component Maintenance
- C 06: Boiler Instrumentation Control System Component Maintenance
- C 07: Boiler Electrical System Component Servicing
- C 08: Boiler Fuel Plant Equipment Maintenance
- C 09: Boiler Water Treatment Plant Maintenace
- C 10: Boiler Testing And Commissioning
- C 11: Boiler Maintenance Supervision
- E 01: Temporary Working Platform Installation
Pelaksanaan Kursus
Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 18 bulan untuk Tahap 3. Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (20%) dan praktikal pula sebanyak (80%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:
- 05 (Lima) hari dalam seminggu.
- Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
- Jumaat, bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk aktiviti sahsiah dan 2.30 petang sehingga 5.30 petang untuk aktiviti kokurikulum.
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program ME-011-3 Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang adalah seperti berikut:
- Apperantice Boiler.
- Technical Team (Boiler Maker).
- Technician (Process & Technical).
- Boiler Maintenance.
- Boiler Lab Assistance.
- Boiler Fireman.
- Boilerman Gred 1 & 2.
Harapan
Pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mengambil Sijil Kompeten Boilerman Gred 2 dan seterusnya Kompeten Boilerman Gred 1. Sekiranya ingin sambung pengajian ke MQA, pelajar boleh mengambil jurusan Diploma Mechanical Engineering.