Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik

Berminat? Daftar sekarang secara talian (Online) !
Setelah terima, pihak kami akan menghubungi anda untuk pemprosesan selanjutnya
SIJIL PENTAULIAHAN JPK
PROGRAM F432-005-2/3:2019

PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU & TIGA FASA

Klik Untuk Mendaftar

Tarikh Kursus:
Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan.
Tempoh Kursus:
2 Tahun Pengajian
Tempat Berkursus:
Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.

Pengenalan

F432-005-2/3:2019 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat perunding senibina, kontraktor binaan, jurutera dalam bidang teknikal, mekanikal dan elektrikal atau kilang pembuatan.

OBJEKTIF

Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam Program F432-005-2/3:2019 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa dan dianugerahkan Persjilan Kemahiran Malaysia (SKM).

TUJUAN

Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat mengenai perlaksanaan Program F432-005-2/3:2019 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa.

PESERTA

Terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan PMR ke atas dan individu normal dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran yang berminat dalam program kemahiran tersebut, boleh membaca dan menulis serta sihat tubuh badan.

Pakej Pembelajaran

Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program F432-005-2/3:2019 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

Core (Teras) Tahap 2

    • C 01: Single Phase Drawing.
    • C 02: Single Phase Wiring.
    • C 03: Single Phase System Maintenance.
    • C 04: Single Phase Motor & Motor Control.

Core (Teras) Tahap 3

    • C 01: Three Phase Drawing.
    • C 02: Three Phase Wiring.
    • C 03: Three Phase System Maintenance.
    • C 04: Three Phase Motor & Motor Control.
    • C 05: Three Phase Wiring Testing & Commissioning.
    • C 06: Three Phase Electrical Building Automation System Installation.
    • C 07: Three Phase Supervisory Function.

Perlaksanaan Kursus

Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (20%) dan praktikal pula sebanyak (80%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

    • 05 (Lima) hari dalam seminggu.
    • Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
    • Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari aktiviti sahsiah & bermula pada jam 2.30 hingga 5.30 petang aktiviti kokurikulum.

MASA DEPAN
Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program F432-005-2/3:2019 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa adalah seperti berikut:

    • Juruteknik Elektrik di Sektor Awam & Swasta.
    • Pendawai Elektrik di Syarikat kontraktor Elektrik.
    • Firma Pembinaan.
    • Pemaju Perumahan.
    • Pengajar Institut Pengajian Tinggi/Pusat Bertauliah Kemahiran.

HARAPAN
Penutup

Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat: Diploma MQA Electrical Engineering jika lulus SPM dengan 2 kredit. Diploma TVET-i (Diploma Pensyarah Kemahiran) Sijil Kompeten mengikut kepada kelayakan – PW2/PW4/A1/A0/A4/BO atau bekerja dalam bidang seperti yang dinyatakan di bahagian kerjaya.