Berminat? Daftar sekarang secara talian (Online) !
Setelah terima, pihak kami akan menghubungi anda untuk pemprosesan selanjutnya
SIJIL PENTAULIAHAN JPK
PROGRAM ME-011-3:2014
PERKHIDMATAN OPERASI & PENYELENGGARAAN DANDANG (BOILER)
Tarikh Kursus:
Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan.
Tempoh Kursus:
1 tahun 6 Bulan Pengajian.
Tempat Berkursus:
Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.
Pengenalan
ME-011-3 Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat bidang teknikal dan mekanikal atau kilang pembuatan. Boiler umpama jantung dan nadi kepada hampir keseluruhan industri ringan dan berat dan memerlukan orang yang kompeten sahaja untuk mengendalikan.
OBJEKTIF
Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam bidang Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang (Boiler) dan dianugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3.
TUJUAN
Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat mengenai perlaksanaan Program Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang (Boiler) bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
PESERTA
Terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM ke atas dan individu yang berminat dalam bidang kemahiran tersebut, boleh membaca dan menulis serta sihat tubuh badan dan individu yang berminat yang tercicir dalam pelajaran.
Pakej Pembelajaran
Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program ME-011-3:2014 Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang (Boiler) Tahap 3 merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
Core (Teras)
- C 01: Boiler Operation
- C 02: Boiler Plant Mechanical Component Maintenance
- C 03: Boiler Water/Steam Side Component Maintenant
- C 04: Boiler Flue Gas System Component Maintenance
- C 05: Boiler Fireside (Furnace) Component Maintenance
- C 06: Boiler Instrumentation Control System Component Maintenance
- C 07: Boiler Electrical System Component Servicing
- C 08: Boiler Fuel Plant Equipment Maintenance
- C 09: Boiler Water Treatment Plant Maintenace
- C 10: Boiler Testing And Commissioning
- C 11: Boiler Maintenance Supervision
- E 01: Temporary Working Platform Installation
Perlaksanaan Kursus
Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 18 bulan untuk Tahap 3. Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (20%) dan praktikal pula sebanyak (80%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:
- 05 (Lima) hari dalam seminggu.
- Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
- Jumaat, bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk aktiviti sahsiah dan 2.30 petang sehingga 5.30 petang untuk aktiviti kokurikulum.
MASA DEPAN
Peluang Kerjaya
Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program ME-011-3 Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang adalah seperti berikut:
- Apperantice Boiler.
- Technical Team (Boiler Maker).
- Technician (Process & Technical).
- Boiler Maintenance.
- Boiler Lab Assistance.
- Boiler Fireman.
- Boilerman Gred 1 & 2.
HARAPAN
Penutup
Pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mengambil Sijil Kompeten Boilerman Gred 2 dan seterusnya Kompeten Boilerman Gred 1. Sekiranya ingin sambung pengajian ke MQA, pelajar boleh mengambil jurusan Diploma Mechanical Engineering.