Kursus Jangka Pendek

KURSUS JANGKA PENDEK

ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU DAN TIGA FASA
ASAS ELEKTRONIK
ASAS MOTOR KAWALAN ELEKTRIK

Tarikh Kursus
Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan organisasi.

Tempoh Jangkamasa Kursus
1 Bulan

Tempat Berkursus
Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.

Pengenalan

Kursus Jangka Pendek merupakan kursus yang disediakan bagi pelatih pelatih dalam memenuhi keperluan industri semasa.

Kursus ini disediakan bagi individu yang berminat untuk mengikuti dalam skop pekerjaan hardskills seperti Elektrik Satu dan Tiga Fasa, Elektronik dan Motor Kawalan Elektrik.

TUJUAN

Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat mengenai perlaksanaan Kursus Jangka Pendek dan memenuhi keperluan industri semasa.

OBJEKTIF KURSUS

Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam Kursus Jangka Pendek.

PESERTA

Terdiri pelatih-pelatih adalah mereka yang dikatagorikan bawah program B40 (Bawah 40) dan individu normal dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran yang berminat dalam kursus kemahiran tersebut, boleh membaca dan menulis serta sihat tubuh badan.

Pakej Pembelajaran

Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Kursus Jangka Pendek merangkumi perkara-perkara seperti berikut: -

Core (Teras)

  • M 01: Kursus Asas Elektrik Satu dan Tiga Fasa
  • M 02: Kursus Asas Elektronik
  • M 03: Kursus Asas Motor Kawalan Elektrik

Perlaksanaan Kursus

Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 1 Bulan (110 Jam). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (30%) dan praktikal pula sebanyak (70%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

  • 05 (Lima) hari dalam seminggu.
  • Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  • Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari & aktiviti kokurikulum yang bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program Kursus Jangka Pendek ini adalah seperti berikut:

  • Juruteknik Elektrik di Sektor Awam & Swasta.
  • Pendawai Elektrik di Syarikat kontraktor Elektrik.
  • Terlibat dalam peniagaan membuat pendawaian, penyelenggaran dan servis dalam bidang Elektrik.

Penutup

Adalah menjadi harapan, maklumat program yang disediakan ini dapat memberi pendedahan sepenuhnya kepada individu / organisasi yang berminat meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang sangat mendapat permintaan tinggi khususnya dalam era globalisasi yang semakin maju kini.

Maklumat Lanjut / Bantuan

019 326 7706
03 6186 5849


HANTAR EMAIL

Biar kami hubungi anda!

sila masukkan nama anda
Sila masukkan e-mel yang sah
Sila masukkan no. telefon
Sila masukkan subjek
Sila masukkan mesej

AZMIDA TECHNICAL COLLEGE

Alamat HQ: Lot. 8846 Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor.
Alamat Cawangan: No. 10-2 Jalan GP 2A, Taman Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor.


Copyright @ Azmida Technical College. All right reserved.
Powered by DATA nGEN TECH (M) Sdn Bhd