PENDAWAIAN FASA TUNGGAL ENDORSAN (PW2)

SIJIL KEKOMPETENAN DARIPADA SURUHANJAYA TENAGA

PROGRAM PENDAWAIAN FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN (PW2)


Tarikh Kursus
Akan diumumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan organisasi.

Tempoh Jangkamasa Kursus
2 Tahun Pengajian.

Tempat Berkursus
Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.

Pengenalan

Program Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2) adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat perunding senibina, kontraktor binaan, jurutera dalam bidang teknikal, mekanikal dan elektrikal atau kilang pembuatan.

TUJUAN

Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat mengenai perlaksanaan Program Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2) .

OBJEKTIF KURSUS

Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam Program Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2) dan dianugerahkan Lesen Kekompetenan daripada SuruhanJaya Tenaga.

PESERTA

Terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM ke atas dan individu normal yang berumur 18 tahun ke atas sahaja serta boleh membaca, mengira dan sihat tubuh badan.

Pakej Pembelajaran

Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2) merangkumi perkara-perkara seperti berikut: -

Modul

  • Modul 01: Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan Elektrik.
  • Modul 02: Keselamatan dan Pertolongan Cemas.
  • Modul 03: Asas Elektrik.
  • Modul 04: Sistem Bekalan Elektrik.
  • Modul 05: Lukisan Elektrik.
  • Modul 06: Pengalir dan Kabel.
  • Modul 07: Sistem Pendawaian.
  • Modul 08: Pemeriksaan dan Pengujian.
  • Modul 09: Perlindungan Litar.
  • Modul 10: Sistem Pembumian.
  • Modul 11: Pencahayaan.
  • Modul 12: Motor Elektrik Satu Fasa.
  • Modul 13: Penyelenggaraan Perkakasan Elektrik.

Perlaksanaan Kursus Sepenuh Masa

Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 2 Tahun (2400 Jam). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (30%) dan praktikal pula sebanyak (70%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

  • 05 (Lima) hari dalam seminggu.
  • Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  • Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari & aktiviti kokurikulum yang bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Perlaksanaan Kursus Separuh Masa

Program ini dilaksanakan secara separuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 2 Tahun (2400 Jam). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (30%) dan praktikal pula sebanyak (70%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

  • 02(Dua) hari dalam seminggu.
  • Sabtu dan Ahad bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  • Jangka Masa : 240 jam (tidak kurang dari enam bulan).

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2) adalah seperti berikut:

  • Juruteknik Elektrik di Sektor Awam & Swasta.
  • Pendawai Elektrik di Syarikat kontraktor Elektrik.
  • Firma Pembinaan.
  • Pemaju Perumahan.
  • Pengajar Institut Pengajian Tinggi/Pusat Bertauliah Kemahiran.

Penutup

Adalah menjadi harapan, maklumat program yang disediakan ini dapat memberi pendedahan sepenuhnya kepada individu / organisasi yang berminat meningkatkan kemahiran dalam Program Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2).

Maklumat Lanjut / Bantuan

019 326 7706
03 6186 5849


HANTAR EMAIL

Biar kami hubungi anda!

sila masukkan nama anda
Sila masukkan e-mel yang sah
Sila masukkan no. telefon
Sila masukkan subjek
Sila masukkan mesej

AZMIDA TECHNICAL COLLEGE

Premis 1: Lot. 8846 Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor.
Premis 2: No. 10-2 Jalan GP 2A, Taman Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor.


Copyright @ Azmida Technical College. All right reserved.
Powered by DATA nGEN TECH (M) Sdn Bhd