Pengurusan Pejabat

SIJIL PENTAULIAHAN JPK

PROGRAM FB-024-2/3:2012
PENGURUSAN PEJABAT & PENYELIAAN PENGURUSAN PEJABAT

Tarikh Kursus
Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan organisasi.

Tempoh Jangkamasa Kursus
1 Tahun 6 Bulan Pengajian.

Tempat Berkursus
Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.

Pengenalan

Pada dasarnya sesebuah organisasi awam atau swasta akan berhadapan dengan beberapa keperluan asas seperti penyediaan persuratan, email, faks dan teknologi maklumat.

Objektif program ini adalah untuk melatih calon agar lebih bersedia dalam menguruskan keperluan operasi pejabat dalam membantu pihak pengurusan dengan lebih efektif dan kondusif.

TUJUAN

Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat mengenai perlaksanaan Program FB-024-2/3 Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat (2012).

OBJEKTIF KURSUS

Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam FB-024-2/3 Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat (2012) dan dianugerahkan Persjilan Kemahiran Malaysia (SKM).

PESERTA

Terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan PMR ke atas dan individu normal dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran yang berminat dalam program kemahiran tersebut, boleh membaca dan menulis serta sihat tubuh badan.

Pakej Pembelajaran

Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program FB-024-2/3 Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat (2012) merangkumi perkara-perkara seperti berikut: -

Core (Teras) Tahap 2

  • C 01: Incoming Communication.
  • C 02: Outgoing Communication.
  • C 03: Filing Administration.
  • C 04: Meeting Preparation Assistance.
  • C 05: Basic Data Entry.

Core (Teras) Tahap 3

  • C 01: Office Operation Coordination
  • C 02: Meeting Arrangement
  • C 03: Procurement Administration
  • C 04: Staff Administration
  • C 05: Customer Liason
  • C 06: Office Safety & Security Administration
  • C 07: Event Arrangement Assitance

Perlaksanaan Kursus

Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 01 Semester/6 Bulan (600 Jam). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (30%) dan praktikal pula sebanyak (70%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

  • 05 (Lima) hari dalam seminggu.
  • Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  • Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari & aktiviti kokurikulum yang bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas tamat kursus ini adalah seperti berikut:

  • Setiausaha
  • Pembantu Peribadi
  • Pembantu Tadbir
  • Pegawai/Pembantu Latihan
  • Pegawai Operasi
  • Kerani Am
  • Penyelia Pentadbiran
  • Eksekutif Pentadbiran

Penutup

Adalah menjadi harapan, maklumat program yang disediakan ini dapat memberi pendedahan sepenuhnya kepada individu / organisasi yang berminat meningkatkan kemahiran dalam Program FB-024-2/3 Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat (2012).

Maklumat Lanjut / Bantuan

019 326 7706
03 6186 5849


HANTAR EMAIL

Biar kami hubungi anda!

sila masukkan nama anda
Sila masukkan e-mel yang sah
Sila masukkan no. telefon
Sila masukkan subjek
Sila masukkan mesej

AZMIDA TECHNICAL COLLEGE

Premis 1: Lot. 8846 Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor.
Premis 2: No. 10-2 Jalan GP 2A, Taman Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor.


Copyright @ Azmida Technical College. All right reserved.
Powered by DATA nGEN TECH (M) Sdn Bhd