Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik

SIJIL PENTAULIAHAN JPK

PROGRAM EE-320-2/3
PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU & TIGA FASA

Tarikh Kursus
Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan organisasi.

Tempoh Jangkamasa Kursus
2 Tahun Pengajian.

Tempat Berkursus
Pusat Bertauliah Azmida Technical College L02238.

Pengenalan

EE-320-2/3 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat perunding senibina, kontraktor binaan, jurutera dalam bidang teknikal, mekanikal dan elektrikal atau kilang pembuatan.

TUJUAN

Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat mengenai perlaksanaan Program EE-320-2/3 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa.

OBJEKTIF KURSUS

Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam Program EE-320-2/3 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa dan dianugerahkan Persjilan Kemahiran Malaysia (SKM).

PESERTA

Terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan PMR ke atas dan individu normal dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran yang berminat dalam program kemahiran tersebut, boleh membaca dan menulis serta sihat tubuh badan.

Pakej Pembelajaran

Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program EE-320-2/3 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa merangkumi perkara-perkara seperti berikut: -

Core (Teras) Tahap 2

  • C 01: Single Phase Drawing.
  • C 02: Single Phase Wiring.
  • C 03: Single Phase Wiring Maintenance.
  • C 04: Single Phase Motor & Motor Control Installation.
  • C 05: Single Phase Electrical Appliances Maintenance.
  • C 06: Single Phase Wiring Testing & Comissioning.

Core (Teras) Tahap 3

  • C 01: Three Phase Drawing.
  • C 02: Three Phase Wiring.
  • C 03: Three Phase Wiring Maintenance.
  • C 04: Three Phase Motor & Motor Control Installation.
  • C 05: Three Phase Electrical Appliances Maintenance.
  • C 06: Three Phase Wiring Testing & Comissioning.
  • C 07: Supervisory Function.

Perlaksanaan Kursus

Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 2 Tahun (2400 Jam). Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (30%) dan praktikal pula sebanyak (70%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

  • 05 (Lima) hari dalam seminggu.
  • Isnin hingga Khamis bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
  • Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari & aktiviti kokurikulum yang bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program EE-320-2/3 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa adalah seperti berikut:

  • Juruteknik Elektrik di Sektor Awam & Swasta.
  • Pendawai Elektrik di Syarikat kontraktor Elektrik.
  • Firma Pembinaan.
  • Pemaju Perumahan.
  • Pengajar Institut Pengajian Tinggi/Pusat Bertauliah Kemahiran.

Penutup

Adalah menjadi harapan, maklumat program yang disediakan ini dapat memberi pendedahan sepenuhnya kepada individu / organisasi yang berminat meningkatkan kemahiran dalam Program EE-320-2/3 Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa.

Maklumat Lanjut / Bantuan

019 326 7706
03 6186 5849


HANTAR EMAIL

Biar kami hubungi anda!

sila masukkan nama anda
Sila masukkan e-mel yang sah
Sila masukkan no. telefon
Sila masukkan subjek
Sila masukkan mesej

AZMIDA TECHNICAL COLLEGE

Premis 1: Lot. 8846 Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor.
Premis 2: No. 10-2 Jalan GP 2A, Taman Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor.


Copyright @ Azmida Technical College. All right reserved.
Powered by DATA nGEN TECH (M) Sdn Bhd