Operasi & Penyelenggaraan Boiler

SIJIL PENTAULIAHAN JPK

PROGRAM ME-011-3:2014
PERKHIDMATAN OPERASI & PENYELENGGARAAN BOILER

Tarikh Kursus
Akan dimaklumkan kemudian dan bergantung kepada permintaan organisasi.

Tempoh Jangkamasa Kursus
1 tahun 6 Bulan Pengajian.

Tempat Berkursus
Pusat Bertauliah Azmida Techincal College L02238.

Pengenalan

ME-011-3 Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang adalah satu bidang pekerjaan yang mencabar dan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

Tidak ramai yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan mampu berjaya di sektor-sektor utama industri seperti di syarikat bidang teknikal dan mekanikal atau kilang pembuatan. Boiler umpama jantung dan nadi kepada hamper keseluruhan ringan dan berat dan memerlukan orang yang kompeten sahaja untuk mengendalikan.

TUJUAN

Adalah untuk memberi maklumat kepada pihak yang berminat mengenai perlaksanaan Program Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

OBJEKTIF KURSUS

Melahirkan pekerja yang berketrampilan dan memenuhi keperluan Industri Negara dalam bidang pengurusan dan penyeliaan dandang (boiler) dan dianugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3

PESERTA

Terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan PMR ke atas dan individu yang berminat dalam bidang kemahiran tersebut, boleh membaca dan menulis serta sihat tubuh badan dan individu yang berminat yang tercicir dalam pelajaran.

Pakej Pembelajaran

Peserta akan dibekalkan pakej pembelajaran Program ME-011-3:2014 Tahap 3 merangkumi perkara-perkara seperti berikut: -

Core (Teras)

  • C 01: Boiler Operation
  • C 02: Boiler Plant Mechanical Component Maintenance
  • C 03: Boiler Water/Steam Side Component Maintenant
  • C 04: Boiler Flue Gas System Component Maintenance
  • C 05: Boiler Fireside (Furnace) Component Maintenance
  • C 06: Boiler Instrumentation Control System Component Maintenance
  • C 07: Boiler Electrical System Component Servicing
  • C 08: Boiler Fuel Plant Equipment Maintenance
  • C 09: Boiler Water Treatment Plant Maintenace
  • C 10: Boiler Testing And Commissioning
  • C 11: Boiler Maintenance Supervision
  • C 12: Temporary Working Platform Installation

Perlaksanaan Kursus

Program ini dilaksanakan secara sepenuh masa di Pusat Bertauliah Azmida Technical College (L02238) dan jangkamasa program adalah selama 18 bulan untuk Tahap 3. Kaedah pembelajaran merangkumi pembelajaran secara teori iaitu sebanyak (30%) dan praktikal pula sebanyak (70%) di mana ianya dilaksanakan mengikut keperluan seperti berikut:

  • 05 (Lima) hari dalam seminggu.
  • Isnin hingga Jumaat bermula Jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya yang boleh diceburi pelatih selepas menamatkan Program ME-011-3 Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang adalah seperti berikut:

  • Sektor pengurusan pelancongan seperti perhotelan, resort dan chalet.
  • Syarikat pengeluaran penyediaan bahan makanan kering dan basah memerlukan sistem penyelerasan dandang yang efektif.
  • Sektor hospital.
  • Sektor perkilangan sumber bahan mentah seperti kilang sawit.

Penutup

Selain daripada sektor-sektor utama yang dinyatakan di atas sektor penjanaan ekonomi domestik negara seperti dobi, pengeluaran bahan farmasekutikal berasaskan herba (tumbuhan), percetakan dan juga yang berkaitan turut memerlukan pakar penyelenggaraan dan penyeliaan dandang di dalam memastikan aspek kualiti, jaminan mutu dan pengeluaran optimum dapat di capai.

Maklumat Lanjut / Bantuan

019 326 7706
03 6186 5849


HANTAR EMAIL

Biar kami hubungi anda!

sila masukkan nama anda
Sila masukkan e-mel yang sah
Sila masukkan no. telefon
Sila masukkan subjek
Sila masukkan mesej

AZMIDA TECHNICAL COLLEGE

Premis 1: Lot. 8846 Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor.
Premis 2: No. 10-2 Jalan GP 2A, Taman Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor.


Copyright @ Azmida Technical College. All right reserved.
Powered by DATA nGEN TECH (M) Sdn Bhd