ATC

Latar Belakang

Azmida Technical College (L02238) adalah merupakan sebuah Pusat Bertauliah yang diberi pentauliahan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia Malaysia pada 28 Jun 2011. Pada tahun 2017 Pusat Bertauliah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Kolej Latihan Kemahiran yang menyediakan latihan berkonsepkan Latihan Teknikal & Pendidikan Vokasional (TVET) dan ditukar nama sebagai Azmida Technical College (L02238).

Azmida Technical College diurus sepenuhnya oleh Syarikat Adawiyah Global Ventures (1017656-K) yang merupakan sebuah Syarikat Bumiputra sepenuhnya. Azmida Technical College sering mengadakan:

  • Kursus Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3)
  • Program Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2)
  • Program Single / Three Phase Electrical Installation & Maintenance (EE-320-2/3)
  • Program Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat (FB-024-2/3:2012)
  • Program Diploma Kemahiran Malaysia Eksekutif Sistem Maklumat (FB-081-4:2012)
  • Program Perkhidmatan Operasi & Penyelenggaraan Dandang [Tahap 3] (ME-011-3:2014)

Selain itu, Azmida Technical College menawarkan perkhidmatan perunding untuk pembangunan Pusat Bertauliah JPK, Pembangunan Bahan Pembelajaran (WIM), Bengkel PP-PPT, Khidmat perunding Motivasi, Coaching and Mentoring, Kaunseling, Audit, Keselamatan dan Pengurusan.

Berdasarkan kepada prestasi Azmida Technical College, pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi penarafan empat (4) bintang. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memberi pengikhtirafan prestasi cemerlang 97.7% kepada Azmida Technical College.

VISI

Menjadi Perintis Dalam Melahirkan Pakar Industri Yang Berkualiti Dan Berketrampilan


MISI

Menyediakan pendidikan Dan kemahiran Yang berterusan Bagi Melahirkan Pakar Industri Berketerampilan Dalam Menyumbang Kepakaran Dalam Menyumbang Kualiti Kepakaran Untuk Pembangunan Industri Negara.

AZMIDA TECHNICAL COLLEGE

Premis 1: Lot. 8846 Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor.
Premis 2: No. 10-2 Jalan GP 2A, Taman Gombak Permai, 68100 Batu Caves, Selangor.


Copyright @ Azmida Technical College. All right reserved.
Powered by DATA nGEN TECH (M) Sdn Bhd